PROBLEM HAFAL SIFIR !!
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
PARA PEMBACA YANG D MULIAKAN,
Umumnya SIFIR adalah merupakan satu perkara asas yang amat penting bagi para pelajar untuk menguasai Mata Pelajaran Matematik dan apa jua mata pelajaran lain yang melibatkan proses pengiraan.Lazimnya pelajar yang dapat menghafal sifir akan dapat menguasai Mata Pelajaran Matematik berbanding pelajar yang kurang atau tidak dapat menghafal sifir.

Pun
begitu masalah yang selalu dibangkitkan berkaitan perkara ini adalah
berhubung MASALAH MENGHAFAL SIFIR.Sebenarnya saya sendiri kurang arif
berkaitan dengan cara-cara menghafal sifir, walau bagaimana pun pada
kebiasaannya sesuatu perkara yang kita hendak hafal itu tentulah kita
fahami terlebih dahulu.Dalam konteks ini seseorang pelajar yang hendak
menghafal sifir mestilah memahami bagaimana proses atau operasi
pengiraan yang terlibat.
Beberapa faktor lain yang mungkin mempengaruhi ialah TAHAP IQ PELAJAR dan kerajinan menghafal dalam jangkamasa panjang secara berterusan.Sebagai misalannya seseorang Pemandu Teksi yang berulang alik dari Pekan Ranau ke Bandaraya Kota Kinabalu setiap hari untuk beberapa bulan atau tahun tentunya akan dapat menghafal selok belok jalanraya yang dilaluinya.Demikian juga seorang pelajar yang telah berusaha menghafal sifir sejak dari sekolah rendah lagi akan lebih berjaya menghafalnya berbanding seorang pelajar sekolah menengah yang baru mencuba melakukanya.
Saya amat percaya rakan - rakan pembaca dan para BLOGGER yang lain ada pengalaman, maklumat atau pengetahuan berkaitan hal ini...
Sekiranya ada HARAP RINGAN TANGAN MENAIPNYA DI RUANGAN KOMEN .... BERSAMA KITA MEMBANTU PARA PELAJAR...

klu sifir tu mmg boleh hafal dlm otak juga klu selalu amalkan. Tetapi bagi yg tidak dpt buat begitu ada cara lain utk hafal.
No comments:
Post a Comment